Facebook, Jaringan Sosial Berpengaruh
Sunday, November 22, 2009

INFO FACEBOOK
Diluncurkan pertama kali pada 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg sebagai media komunikasi antara mahasiswa Harvard.
Pada September 2006, Facebook membuka pendaftaran untuk orang ramai memiliki akaun e-mel. Selain pernah menolak tawaran Friendster untuk membeli Facebook pada harga AS$10 mjuta, Zuckerberg juga menolak tawaran dari Viacom yang ingin membeli Facebook dengan nilai AS$750 juta dan tawaran dari Yahoo yang berharga AS$ 1 billion.
Secara purata pengguna Facebook menghabiskan masa sekitar 19 minit sehari untuk melakukan aktiviti di laman jaringan sosial ini.
FAKTA FACEBOOK
Statistik daripada Checkfacebook.com mencatatkan bahawa Facebook mempunyai seramai 316.4 juta ahli di seluruh dunia, dengan 1.08 peratus iaitu kira-kira 3,425,300 pengguna adalah dari Malaysia. Pengguna wanita dari Malaysia melebihi jumlah pengguna lelaki iaitu sebanyak 1,723,360 berbanding 1,678,140 pendaftar lelaki.
Kelompok pengguna berusia 18 hingga 24 tahun paling kerap melayari laman ini diikuti 33.9% atau 1,148,660 pelayar berumur 24 hingga 34 tahun.
PENGGUNA FACEBOOK
Seluruh dunia: 316,402,840
TOP 10 PENGGUNA FACEBOOK DI DUNIA
# Amerika Syarikat - 94,748,820
# United Kingdom - 22,261,080
# Turki - 14,215,880
# Perancis - 13,396,760
# Kanada - 13,228,380
# Itali - 12,581,060
# Indonesia - 11,759,980
# Sepanyol - 7,313,160
# Australia - 7,176,640
# Filipina - 6,991,040
Malaysia menduduki tangga ke-8 kategori pengguna aktif (11 November 2009) mendahului Indonesia yang berada di tangga ke-9.
